fbpx

Kesan Penggunaan Tempayan Plastik Terhadap Madu Kelulut

Pernah suatu ketika isu penggunaan tempayan madu plastik (Polyurethene) yang diletakkan di dalam sarang kelulut hangat dipekatakan. Plastik yang digunakan gred untuk makanan (food grade).

Mengapa tempayan plastik digunakan? Antara lain saya difahamkan untuk keseragaman (1 lapisan tempayan madu). Mudah sedut madu. Dah mungkin juga nampak cantik (astetik).

Apa kesan tempayan plastik terhadap kualiti madu? Itu persoalan paling penting.

Lantas saya bersama beberapa penyelidik dari UMT mengambil inisiatif untuk merungkai polemik tersebut. Perlu ada data yang betul bagi menyokong fakta.

Bercakap tanpa fakta yang betul dan jelas merupakan satu penyelewangan dan boleh menyongsang fikiran umum. Tidak boleh agak-agak dan ikut logik akal.

Beberapa kajian telah dilakukan. Data untuk kandungan Ph, gula, kandungan asid, kandungan air, kandungan mineral, enzim madu dan beberapa lagi ciri (Physicochemical properties of honey) telah dianalisa. Madu dari tempayan plastik vs madu tempayan asli (propolis).

Keputusannya TIADA perbezaan yang ketara/signifikan.

Namun apabila rakan saya Dr Mohd Nizam Bin Lani, pakar mikrobiologi makanan menguji kandungan mikroflora (beneficial microbes), keputusannya amat mengejutkan.

Madu dari tempayan plastik samada mengandungi aktiviti mikrob yang amat rendah atau tidak ada aktiviti mikrob langsung.

Ini maklumat penting. Madu lebah atau madu kelulut berkhasiat kerana sumbangan kesemua mikroflora di dalam madu. Tiada mikrob berguna bermakna khasiat madu pun berkurangan.

Jika hendak madu kelulut asli, semuanya perlu asli juga.

Pernyataan ini adalah dari Tuan Shamsul Bahri Abd Razak. Beliau adalah seorang profesor dan telah belajar mengenai ‘stem cell biology’ di Durham University.


Bekas Tempayan Plastik Pada Madu Kelulut

Kami di Kelulut Borneo juga adalah menyokong keputusan ini. Apa yang pasti untuk mendapatkan madu kelulut yang terbaik adalah perlu untuk memastikannya semua hampir asli.

Baik dari segi bahan-bahan untuk penternakan yang digunakan dan juga kaedah-kaedah penjagaan bagi koloni dan sarang lebah madu kelulut.

Memastikan isi kandungan madu kelulut yang asli adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian penuh bagi menjamin pengguna mendapatkan produk madu kelulut yang terbaik lagi berkuliti.

Kami di sini juga ingin menyatakan produk dan madu keluaran Kelulut Borneo adalah tidak menggunakan tempayan plastik dan hanya menternak secara semulajadi.

465 Shares

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of