fbpx

Lebah Kelulut Itama: Popular Di Sabah

Lebah kelulut Itama popular juga di seluruh Malaysia. Berjumpa lagi kita dalam artikel terbaru daripada kami.

Jika sebelum ini anda dah dapat beberapa informasi asas mengenai lebah kelulut ini, jadi kali ini kami akan menambahkan lagi pengetahuan anda mengenai lebah kelulut itama pula.

Sebelum itu, rasanya ada baiknya juga kalau kita refresh balik memori kita mengenai lebah kelulut secara amnya.

Lebah kelulut merupakan spesis lebah yang banyak dijumpai dikawasan tropika seperti di Australia, Afrika, Asia Tenggara dan juga kawasan tropika benua Amerika.

Di Malaysia sahaja terdapat lebih daripada 20 jenis lebah kelulut di seluruh semenanjung Malaysia dan juga di Sabah serta Sarawak.

Negara kita sememangnya kaya dengan berbagai jenis sumber alam dan hidupan yang banyak memberikan manfaat kepada kita semua.

Berbalik kepada lebah kelulut itama ini, ia kebiasaannya akan bersarang pada batang kayu dan juga pada tunggul kayu.

Ia merupakan antara agen pendebungaan yang sangat baik untuk tanaman seperti buah-buahan, bunga dan juga rumpai yang kebiasaannya terdapat di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan sarangnya.

Lebah Kelulut Itama Hive

Sarangnya dibuat didalam lubang atau didalam kayu dan ia kemudiannya akan dilindungi dengan lapisan perlindungan yang dikenali sebagai lapisan propolis.

Kebanyakan lebah kelulut merupakan spesis lebah yang bersaiz lebih kecil dan juga tidak bersengat termasuklah lebah kelulut itama ini.

Ciri fizikal pada bahagian kepalanya adalah lebih mirip kepada ciri kepala belalang.

Ia mempunyai sepasang mata yang lebar dan juga antena berserta kemuncungan mulut yang agak panjang bagi tujuan menghisap madu dengan lebih mudah. Ia juga mempunyai tiga pasang kaki dan setiap pasang kakinya mempunyai ruas-ruas.

Pasangan kaki belakangnya pula mempunyai ciri fizikal berduri bagi tujuan memegang erat debunga yang akan dikutip daripada tumbuhan yang dihinggapnya atau daripada tumbuhan yang berada berdekatan dengan kawasan sarangnya.

Ramai yang sedia maklum mengenai kelebihan madu lebah kelulut ini.

Hal ini merupakan hasil daripada strategi promosi dan pemasaran besar-besaran dan juga luarbiasa yang dilakukan oleh ramai usahawan terutamanya usahawan-usahawan muda yang begitu kaya dengan idea yang baru, segar dan juga bernas.

Menerusi segala teknik pemasaran yang dilakukan mereka ini juga, ramai yang mulai mendapat kesedaran dan juga informasi berguna mengenai khasiat dan kebaikan luarbiasa yang terdapat didalam madu lebah kelulut ini.


Baca juga: Lebah Kelulut Thoracica: Madu Kelulut Popular Di Malaysia


Jika dibandingkan dari segi kuantiti penghasilan madu lebah kelulut ini dengan kuantiti penghasilan madu lebah yang lain, ternyata kuantitinya adalah lebih sedikit.

Namun begitu, disebabkan ramai yang mulai menceburkan diri dalam industri penternakan lebah kelulut ini, kuantitnya masih dapat memenuhi permintaan tinggi di pasaran.

Namun begitu, kos permulaan untuk perusahaan penternakan lebah kelulut ini agak tinggi dan ia pada mulanya dianggap sebagai halangan utama untuk membolehkan lebih ramai orang untuk menceburi perusahaan ini.

Pun begitu, ternyata sangkaan ramai meleset sama sekali kerana ramai yang sanggup mengambil risiko untuk menceburi perusahaan ini selepas mereka berasa sangat yakin bahawa industri ini mampu untuk memberikan pulangan yang lumayan buat mereka.

Antara manfaat yang terdapat didalam madu lebah kelulut adalah ia mengandungi asid p-coumaric yang mampu untuk mengurangkan risiko kanser perut.

Lebah Kelulut Itama

Selain itu, asid fenilpropionik yang turut boleh didapati didalam madu kelulut juga menjadi antara agen penting dalam membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 yang merupakan diantara penyebab pembentukan radang akibat daripada kanser usus besar.

Selain itu, asid fenilpropionik juga merupakan antara bahan yang sangat berkesan bagi membantu proses penurunan tahap kolestrol yang terdapat didalam plasma darah dan hati serta ia juga turut mampu untuk mengurangkan Trigliserida dalam darah.

Okay. Itu sahaja untuk artikel kali ini. Diharapkan menerusi artikel ini, anda mampu untuk menambahkan pengetahuan dan lebih memahami mengenai lebah kelulut itama dan juga khasiat yang dibawa menerusi madu lebah kelulut ini.

Diharapkan juga anda dapat berkongsi ilmu yang anda perolehi ini dengan rakan-rakan anda supaya mereka juga dapat mengetahui kelebihan mengamalkan madu lebah kelulut.

961 Shares

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of