fbpx

Lebah Kelulut Sabah: Keunikan Batang Buluh

Apakah ciri-ciri lebah kelulut Sabah? Kalau sebut lebah kelulut, rasanya tak semua orang kenal dan tahu apa dia sebenarnya.

Tapi, kalau sebut madu kelulut, rasanya ramai yang pernah dengar mengenainya.

Hal ini kerana madu kelulut begitu giat dipromosikan sekarang ini.

Ia merupakan hasil daripada teknik dan strategi pemasaran yang dilakukan secara giat oleh ramai usahawan untuk memperkenalkan madu kelulut kepada orang ramai.

Di dalam artikel sebelum ini telah diterangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan lebah kelulut Sabah.

Antaranya ialah spesis lebah kelulut.

Jika di Sabah, lebah kelulut yang menjadi majoriti adalah Lebah Kelulut Itama.

Jika sebelum ini kita ketahui secara umum bahawa kelulut gemar untuk bersarang di batang kayu atau tunggul kayu, namun berbeza halnya dengan kelulut itama di Sabah.

Lebah Kelulut Sabah Itama

Koloni lebah kelulut itama di Sabah majoritinya membuat sarang di batang buluh.

Namun begitu, konsep yang sama masih digunakan oleh lebah kelulut jenis ini di Sabah iaitu ia akan membuat sarang yang dilindungi dengan lapisan keselamatan tambahan iaitu lapisan perlindungan propolis.

Propolis bukan sahaja berfungsi sebagai lapisan tambahan di sarang lebah kelulut.

Ia juga dikenali sebagai kantung madu dan mempunyai banyak khasiat serta mampu digunakan untuk tujuan kecantikan dan kesihatan.

Secara umumnya, lebah kelulut di Sabah adalah lebah kelulut jenis Itama. Terdapat juga beberapa jenis lebah kelulut yang lain.

Namun, selebihnya hanyalah merupakan minoriti sahaja daripada populasi keseluruhan lebah kelulut Sabah.

Jika diperkatakan orang mengenai khasiat madu lebah, memang tidak akan habis untuk diceritakan mengenai khasiatnya.

Antara khasiat utama madu lebah kelulut yang telah berjaya dibuktikan menerusi kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar.

Juga membuktikan bahawa madu lebah kelulut ini mempunyai banyak khasiat yang sangat bagus untuk tubuh manusia.

Antara khasiat yang menjadi antara penemuan khasiat madu lebah kelulut yang paling luarbiasa setakat ini adalah ia mempunyai potensi untuk mencegah kanser perut.

Lebah Kelulut Sabah di buluh

Hal ini adalah disebabkan oleh adanya bahan yang dikenali sebagai asid p-coumaric yang mampu untuk mengurangkan risiko kanser perut.

Selain itu, asid fenilpropionik yang turut boleh didapati didalam madu kelulut juga menjadi antara agen penting dalam membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 yang merupakan diantara penyebab pembentukan radang akibat daripada kanser usus besar.

Selain itu, asid fenilpropionik juga merupakan antara bahan yang sangat berkesan bagi membantu proses penurunan tahap kolestrol yang terdapat didalam plasma darah dan hati serta ia juga turut mampu untuk mengurangkan trigliserida dalam darah.

Antara khasiat lain yang boleh diperoleh menerusi madu lebah kelulut ialah, ia juga banyak digunakan di dalam barang-barang kosmetik, krim dan juga dalam bentuk tablet.

Disebabkan oleh hal ini, ramai usahawan mulai mengorak langkah untuk menjalankan kajian dan mengusahakan produk kecantikan dan kesihatan lain berasaskan madu lebah kelulut ini.

lebah kelulut sabah di dalam buluh

Ia juga telah dibuktikan menerusi rawatan moden dan tradisional bahawa ia mampu untuk menjadi antara bahan penting.

Ianya mampu untuk membantu dalam proses penyembuhan penyakit seperti kencing manis (diabetes mellitus), strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan juga HIV serta AIDS.

Ia juga mempunyai kandungan yang mampu memberikan kesan terhadap penurunan paras gula dalam badan pesakit diabetes dan juga mampu untuk mencegah penyakit gout.

Sekian sahaja untuk artikel kali ini.

Secara kesimpulannya, lebah kelulut di Sabah adalah lebah kelulut itama dan majoriti daripada lebah kelulut di Sabah membuat sarang pada batang buluh berbeza dengan lebah kelulut di Semenanjung Malaysia yang bersarang pada batang kayu dan juga tunggul kayu.

436 Shares

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of