fbpx

Lebah Kelulut Thoracica: Madu Kelulut Popular Di Malaysia

Mengenali lebah kelulut Thoracica: Jika kita melihat semua hidupan yang ada di dunia ini, hampir tiada satu pun yang mempunyai satu jenis atau satu spesis sahaja.

Jika kita melihat burung, ada bermacam-macam jenis burung.

Jika kita melihat kucing, ada bermacam-macam jenis kucing. Manusia pun sama. Ada bermacam-macam jenis.

Tapi, dalam artikel kali ini, kita akan mengenali satu daripada spesis lebah yang ada di muka bumi ini iaitu lebah kelulut thoracica.

Pasti ada di antara anda pernah mendengar mengenai lebah kelulut ini.

Antara benda yang pernah anda dengar ada perkataan adalah madu kelulut. Betul kan?

Jadi, kali ini kita akan belajar dan mengenali secara lebih mendalam mengenai lebah kelulut thoracica ini.

Lebah kelulut jenis ini merupakan lebah yang berwarna agak gelap dan ia tidak menyengat.

Lebah kelulut ini bersaiz agak kecil berbanding lebah-lebah lain. Namun begitu, ia masih mampu untuk menghasilkan madu sama seperti lebah yang lain.

 

Bentuk Sarang Lebah Kelulut Thoracica

Koloni Lebah Kelulut Thoracica

 

Lebah kelulut ini lebih gemar untuk hidup di kawasan tropika dunia seperti kawasan tropika di Australia, Afrika, Asia Tenggara dan juga kawasan tropika benua Amerika.

Lebah kelulut Thoracica dahulu merupakan sejenis lebah kelulut spesis endemik di Malaysia dan juga termasuk didalam kumpulan kelulut Indo-Malayan.

Kelulut thoracica juga merupakan diantara agen pendebungaan yang sesuai untuk tanaman seperti durian, rambutan, manggis dan beberapa lagi.

Ia akan bersarang diatas batang dan tunggul kayu serta mempunyai kandungan madu yang agak sedikit kuantitinya dan madunya boleh dimakan.

Kelulut Thoracica mempunyai ciri fizikal yang agak berlainan daripada spesis lain kerana ia mempunyai warna yang agak hitam kecoklatan.

Di Malaysia pula, lebah kelulut ini telah diminati oleh ramai penduduk di kawasan kampung sejak dari dahulu lagi dan ia bukanlah perkara baru dan asing bagi mereka.

 

kelulut Geniotrigona Thoracica

Kredit: Repositori Kelulut Indo-Malaya Sekayu

 

Cuma, kebelakangan ini sahaja lebah kelulut ini mulai menjadi satu bualan dan mula dikenali oleh hampir kesemua orang di Malaysia.

Hal ini disebabkan oleh adanya promosi daripada usahawan-usahawan muda yang kaya dengan idea baru dan segar untuk mengetengahkan manfaat dan khasiat yang boelh didapati daripada lebah kelulut ini.

Ternyata segala bentuk promosi dan pemasaran yang dilakukan membuahkan hasil yang memberansangkan kerana permintaan untuk madu lebah kelulut ini semakin meningkat.

Ramai juga yang berminat untuk mengusahakan dan menternak lebah kelulut ini walaupun kos permulaannya agak tinggi.

Pasti anda tertanya-tanya akan keistimewaan madu yang dihasilkan oleh lebah kelulut ini kan?

Kita dah masuk bahagian yang membincangkan mengenai kebaikan madu lebah kelulut ini.


Baca Juga: Madu Kelulut Asli: Cara Menentukan Ketulenan [Panduan Lengkap]


Berdasarkan kajian makmal, ia jelas menunjukkan bahawa madu kelulut dari Thoracica mempunyai berbagai kahsiat dan kandungan khasiatnya adalah lebih tinggi berbanding madu lebah yang lain.

Menerusi kajian ini juga, terdapat suatu perbezaan yang nyata dari segi keasidan dan kandungan air di dalam madu kelulut ini.

Madu kelulut juga merupakan antara sumber yang berpotensi tinggi untuk membantu dalam rawatan kanser kerana terdapat bahan didalam madu kelulut seperti asid p-coumaric yang mampu untuk mengurangkan risiko kanser perut.

Selain itu, asid fenilpropionik yang turut boleh didapati didalam madu kelulut juga menjadi antara agen penting dalam membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 yang merupakan diantara penyebab pembentukan radang akibat daripada kanser usus besar.

Selain itu, asid fenilpropionik juga merupakan antara bahan yang sangat berkesan bagi membantu proses penurunan tahap kolestrol yang terdapat didalam plasma darah dan hati serta ia juga turut mampu untuk mengurangkan trigliserida dalam darah.

Baik. Sekian sahaja berkenaan lebah kelulut thoracica dalam artikel kali ini.

Diharapkan anda mampu mendapat beberapa ilmu dan informasi berguna mengenai lebah kelulut thoracica ini dan jangan lupa untuk melihat status  terbaru daripada kami nanti.

 

329 Shares

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of
trackback

[…] Antaranya ialah spesis lebah kelulut. […]

trackback

[…] Baca juga: Lebah Kelulut Thoracica: Madu Kelulut Popular Di Malaysia […]