fbpx

Madu Kelulut Asli: Cara Menentukan Ketulenan [Panduan Lengkap]

Topik – Mengenali Madu Kelulut Asli: Kelulut atau lebah kelulut atau atas nama saintifiknya Trigona SPP. yang telah dikategori sebagai lebah madu kelulut yang tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu biasa (Apis sp.)

Hasil daripada kajian pakar juga medapati ada hampir lima ratus spesis lebah madu kelulut yang wujud di seluruh dunia dah antara yang mudah dikenali adalah Trigona Itama, Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps,  ,Trigona apicalis, Trigona thorasica, dan ada pelbagai lagi.

Lebah kelulut boleh diternak daripada koloni liar sama seperti lebah madu.

Penternakan lebah kelulut pula lebih dikenali sebagai meliponikultur. Kelulut yang juga turut dikenali sebagai Meliponini boleh yang boleh didapati di kawasan tropika dunia antaranya Australia, Afrika, Asia Tenggara dan kawasan Amerika Tropik.

Di Malaysia pula dengan iklim khatulistiwa hutan hujan tropika kajian mendapat lebih 29 spesis Trigona yang hidup secara semulajadi dengan baiknya.

Mengikut kajian juga ada beberapa kaedah cara dan kaedah untuk penternakan lebah kelulut mengikut faktor kesesuain kelulut dan koloni. Selain itu juga ia juga disebabkan faktor persekitaran.

Namun kaedah penternakan menggunakan ‘haif topping’ dan ‘kotak haif’ adalah yang paling popular di negara ini.

Teknik Hive Topping

Teknik Hive Topping

 

Mengikut kajian juga, antara kaedah popular ialah melalui ‘hive topping‘. Kaedah ini dengan memotong kayu tunggul atau pada bahagian batang pokok kayu yang dihuni oleh koloni kelulut secara semulajadi dan diletakkan kotak kayu di atasnya.

Kaedah ini sangat sesuai untuk kawasan yang panas kerana koloni kelulut masih berada dalam situasi asal dalam kayu.

Bagaimana pun penternak hanya dapat menuai madu sahaja berbanding teknik kotak haif.

Bagi kotak haif pula, pengusaha mampu menuai bukan sahaja madu kelulut malah mampu menuai roti lebah (beebread) serta propolis.

Namun kaedah memindahkan koloni dari tunggul kayu ke kotak haif memerlukan kemahiran agar telur dan sarang kelulut tidak rosak semasa proses pemindahan dilakukan.

Kotak Haif

Kotak Haif

 

Lebah kelulut mempunyai khasiat yang lebih baik jika dibandingkan dengan lebah madu.

Untuk makluman anda juga, Madu Kelulut Borneo juga telah dibuktikan dapat membantu membekalkan tenaga & juga merawat ulser serta luka.

Selain itu juga, ia membantu merawat masalah ginjal, mengurangkan oksidatif stress, juga menguatkan tulang belakang serta menstabilkan tekanan darah dan juga glukos dalam darah.

Roti lebah kelulut juga mengandungi asid amino yang diperlukan untuk memperkuatkan fungsi hati dan merawat masalah penghadaman.

 

Mengenali Industri Madu Kelulut Asli

Madu Kelulut Asli

Adakah ini madu kelulut asli?

 

Lebah kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis, yang berfungsi sebagai anti-bakteria, anti-fungus dan anti-virus.

Propolis juga didapati memberikan impak positif kerana mampu mengawal dan menganggu gugat penyakit kencing manis, barah kanser, strok, ginjal, hipertensi dan AIDS sekiranya diamalkan secara konsisten.

Kekerapan dan penghasilan madu kelulut adalah pada puncak bulan Mac hinggalah pada bulan Ogos, banyak madu kelulut boleh diperolehi pada waktu ini namun pada bulan Mac hingga April lebah kelulut giat menghasilkan koloni yang baru.

Madu kelulut berwarna coklat gelap dan rasanya masam sedikit jika dibanding dengan madu lebah. Namun warna juga dipengaruhi faktor habitat dan sekeliling kawasan.

Selain mengeluarkan madu, lebah madu kelulut juga sangat dikenali sebagai agen pendebungaan bagi kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Koperasi Kelulut – Sampugita Kelantan Berhad, aktiviti pendebungaan yang berlaku secara tidak langsung oleh lebah kelulut mampu memberi manfaat hampir 40% kepada hasil pertanian.

Kini kelulut juga digunakan sebagai agen pendebungaan bagi tanaman melon secara fertigasi di dalam Struktur Perlindung Hujan (SPH).

Pendebungaan Lebah Kelulut

Pendebungaan Lebah Kelulut

 

Hari ini madu kelulut boleh mencapai harga yang sangat tinggi hingga mencecah ke RM 600/kilogram.

Kekuatan koloni adalah faktor utama kepada kuantiti penghasilan madu kelulut.

Pada waktu musim tertentu iaitu pada bulan September hingga Februari pengeluaran akan merosot atau berlaku penurunan kerana ketika ini madu yang dihasilkan akan menjadi sumber makanan kepada anak-anak kelulut dan memperkuatkan koloni.

Seperti juga lebah madu, lebah kelulut tidak mudah rosak serta mempunyai jangka hayat yang panjang.

Madu kelulut boleh dijual mentah tanpa melalui sebarang proses.

Selain penyediaan haif, tiada penglibatan kos lain kerana kelulut akan mencari sumber makanannya sendiri dari bunga tanaman yang ada di sekelilingnya.

Antara bunga tanaman yang digemari adalah bunga belimbing, bunga pokok air mata pengantin, bunga selasih, bunga biden, markisa, bunga pokok jam sepuluh, ulam raja dan lain-lain.

Jika lebah kelulut diternak pada kawasan dusun, maka makanan alternatif seperti , dokong, duku, longan, rambutan serta pisang boleh membantu lebah kelulut ketika kekurangan makanan.

Hal ini terutama dimusim tengkujuh atau pada musim hujan yang biasanya berlarutan dari bulan Oktober sehingglah pada bulan Disember lazimnya.

Selain dari itu buah buah betik dan tembikai serta pisang yang cukup ranum, pisang salai serta bunga pisang yang gugur juga merupakan makanan gantian kegemaran kelulut.

Penternakan lebah madu kelulut atau meliponikultur selain daripada madu lebah komersial boleh dijalankan sebagai aktiviti sampingan atau hobi yang terbukti dapat memberikan penghasilan dan pendapatan yang baik.

Aktiviti daripada pemerhatian ke atas lebah kelulut juga merupakan terapi yang mampu menghilangkan stress kerja.

Lebah kelulut ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu tetapi mempunyai rasa yang eksotik atau lain daripada madu biasa.

Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia termasuk di seluruh negara Malaysia.

spesis lebah kelulut

Spesis Lebah Kelulut

 

Di Malaysia terdapat 32 spesis telah ditemui dan lebah sangat sesuai diternak di Negara iklim Khatulistiwa.

Walaupun dari segi pengeluaran madu lebah kelulut menghasilkan kurang daripada lebah komersil lain seperti Melifera dan Cerana, madu lebah kelulut masih berdaya saing kerana permintaannya tinggi dan harga pasarannya jauh lebih tinggi dari madu lebah komersil lain.

Mungkin tidak ramai yang pernah mendengar tentang madu kelulut apa lagi melihat lebah kelulut mahupun merasai madunya.

Biasanya, bila disebut tentang madu, ia amat sinonim sekali dengan dengan madu lebah berbanding kelulut.

Kebanyakan kajian juga hanya tertumpu kepada lebah madu dalam Genus Apis seperti Apis melifera dan Apis dorsata yang menyengat.

Manakala lebah tidak menyengat atau lebih dikenali sebagai lebah kelulut dalam Genus Trigona turut memainkan peranan penting bagi proses yang mudah dikenali sebagai pendebungaan selain mengumpulkan madu.

Madu kelulut mempunyai antioksidan yang lebih tinggi berbanding madu lebah manakala propolisnya pula dikatakan mempunyai antibiotik semulajadi.

Rasanya pula lebih masam berbanding madu lebah,serta mendapat permintaan yang tinggi dari farmasi.

 

Apakah Ciri-Ciri Madu Kelulut Asli?

Apakah Ciri-Ciri Madu Kelulut Asli

sarang madu kelulut yang unik

 

Ciri-ciri madu kelulut asli boleh dikenal pasti melalui cara-cara yang dicadangkan di bawah:

1. Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu.

2. Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu asli, akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan.

Antara tanda madu asli hutan rasanya agak menyengat (tajam; keasidan agak tinggi) dan mempunyai bau wangi aroma dengan cirri-ciri tertentu.

Madu asli ternak pula rasanya cuma masam manis sahaja dan kurang menyengat.

3. Dengan ujian awal makmal. Orang awam harus memastikan  madu kelulut yang dibeli telah melalui proses validasi iaitu pengesahan kandungan dari institusi yang telah mendapat pengiktirafan bagi memastikan tidak tertipu dengan madu tiruan.

Jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu tiruan tetap dapat dihasilkan melalui kaedah makmal, jadi ujian 1 dan 2 sangat penting diamalkan oleh pengguna.

4. Ada gelang propolis / pollen di bahagian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol (khusus bagi madu asli segar yang telah dibiarkan lebih seminggu).

5. Menggunakan api: ½ sudu besar madu dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu.

Madu asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan (namun ujian ini juga tidak dapat ditentukan secara seratus peratus 100%).

Terdapat juga banyak pendapat dan mitos tentang cara menguji keaslian madu kelulut dan antara petua umum yang digunakan namun masih boleh dipertikaikan secara saintifik.

 

Mitos Madu Asli Tidak Dihurungi Semut

Mitos Madu Asli Tidak Dihurungi Semut

Madu Dihurungi Semut

 

Hali Ini kerana madu kelulut asli akan dihurungi dan dimakan oleh semut kerana ianay mengandungi bahan glukosa ‘monosaccharide’ yakni bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga mengandungi glukosa ‘polisacharide’).

Namun, memang ada yang tidak didekati semut kerana terdapat madu asli yang akan mengeluarkan gas (madu asli segar) yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi.

Maka, semut bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.

 

Mitos Menyimpan Madu Di Dalam Peti Sejuk

Mitos Menyimpan Madu Di Dalam Peti Sejuk

Sebahagian Madu Yang Beku

 

Madu asli yang mengandungi kandungan air pada kadar 18-22%.

Maka, madu asli tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama.

Namun, terdapat juga madu asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi.

Maka, peti sejuk bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.

 

Pendapat Pembentukan Mendapan Kristal

keaslian madu kelulut borneo

Mendapatan kristal pada madu kelulut

 

Madu kelulut asli juga akan mengalami pengkristalan atau juga dikenali sebagai mendakan nuclei apabila diletakkan pada suhu yang ekstrem dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai.

Ini kerana, madu asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu ’supersaturated’ secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air.

Dengan itu, kewujudan pengkristalan pastinya bukan tanda yang tepat dalam ujian keaslian madu kelulut.

 

Mitos Madu Memberi Kesan Kuning Telur

Pendapat Pembentukan Mendapan Kristal

Adakah madu kelulut bersifat panas?

 

Madu tiruan turut dikenali dapat menghasilkan keadaan seperti kuning telur setengah masak.

Si penipu ini akan mencampurkan kapur seperti yang diketahui bersifat panas di dalam madu tiruannya dengan jumlah tertentu sehingga boleh mengakibatkan tindak balas yang menyebabkan terhasil kuning telur seakan setengah masak.

Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman!

 

Pendapat Mengunakan Sudu Besi Untuk Madu

Pendapat Mengunakan Sudu Besi Untuk Madu

Menggunakan Sudu Besi

 

Tiada kajian ilmiah di dalam memberi penjelasan larangan penggunaan sudu yang diperbuat dari besi.

Seandainya, terdapat tindakbalas yang kritikal pastinya akan terus mengubah warna sudu tersebut apatah lagi ada pendapat mengatakan ianya dari hadis dan sebagainya.

 

Pendedahan Masyarakat Terhadap Madu Kelulut

Madu yang berada dipasaran

Adakah warna madu mempengaruhi keaslian?

 

Mungkin kurangnya penelitian dan penyelidikan dari sudut teknologi dan agama menyebabkan ramai pengguna hanya menerima sahaja pandangan dari penjual madu yang kurang maklumat.

Begitu juga banyak hadis-hadis palsu yang bertebaran mengenai khasiat madu walaupun tidak kurang banyaknya dengan yang sahih.

Di negara maju, analisa yang dibuat menunjukkan penggunaan kaedah penyimpanan yang paling selamat bagi madu adalah dengan menggunakan kaca.

Madu yang diletakkan di piring putih bersama air kemudian air digerakkan dengan arah pusingan, maka akan terhasil seolah-olah sarang lebah:

Secara telusnya, menurut pemerhatian pembentukan yang kelihatan bersegi seperti sarang lebah kelulut tersebut ada kemungkinan disebabkan adanya pengaruh kepekatan atau kelikatan madu yang terkena pusingan air lalu menjadikannya bersegi seperti hexagon dan pentagon.

Ini kerana jika madu tersebut digantikan dengan cecair yang pekatnya sama seperti madu contohnya dalam percubaan dengan shampoo ianya juga menunjukkan keadaan bersegi yang sama.

 

Ketepatan Menentukan Madu Kelulut Asli

Bagaimana Menentukan Madu Kelulut Asli

Melihat Sendiri Madu Dikutip

 

Madu kelulut asli atau madu kelulut palsu, bagaimana cara membezakannya?

Berdasarkan kajian termasuk di Malaysia, Indonesia dan USA menunjukkan bahawa hampir 80% madu yang beredar dipasaran adalah madu palsu.

Jadi bagaimanakah cara sebagai orang awam, kita dapat mengetahui madu kelulut itu asli?

Madu asli sebenarnya sangat mudah diketahui dengan melihat dari sifat dan karakteristik fiziknya yang khas.

Sayangnya, dapat juga si penipu madu palsu untuk meniru sebagian dari sifat atau karakter fizik madu asli.

Sehingga bagi kebanyakan orang sangat susah untuk mengetahui keaslian madu dengan melihat aspek fizikal atau luaran madu tersebut.

Walaubagaimanapun, madu kelulut asli mempunyai beberapa karakteristik fizik yang tidak dapat dipalsukan:

 

1. Pesongan Optik: Madu kelulut asli mempunyai kandungan gula yang spesifik yang dapat mengubah sudut putaran cahaya terpolarisasi.

2. Higroskopik: madu kelulut asli bersifat menyerap air, jika madu dibiarkan terbuka pada tempat dengan kelembaban udara tinggi (high humidity) maka madu akan bertambah cair.

3. Madu kelulut asli jika dituangkan ke dalam air suam tidak akan pecah atau air akan tetap jernih sebelum dikacau. Bagi madu yang sudah dicampur akan lebih cepat keruh.

 

Sifat-sifat madu yang umumnya dipalsukan adalah: sifat madu yang dapat  membuat telur masak,tidak beku, tidak menyerap kertas atau jika digoncang mengeluarkan gas.

Kandungan madu yang juga tidak dapat dipalsukan adalah adanya kandungan Enzim Diatase.

Kandungan diatase inilah salah satu cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak. Kerana enzim ini hanya dapat dihasilkan dari kelenjar ludah atau air liur lebah.

Namun hanya ujian di makmal sahaja yang dapat mengenalpasti sifat tersebut.

www.kelulutborneo.com

180 Shares

4
Leave a Reply

avatar
7 Comment threads
2 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
3 Comment authors
Kak bibKBKartina Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
trackback

[…] itu, bagi penderita anemia yang merasakan letih dan lesu, madu dapat membantu meningkatkan energi. Gunakan madu asli dan yang berwarna lebih […]

trackback

[…] mengkonsumsi madu kelulut asli, anda boleh mencegah terjadinya infeksi dan juga luka. Kandungan esen gula dalam madu dapat […]

Kartina
Guest
Kartina

Jika madu kelulut telah cair akibat letak ditempat berhawa agak panas,adakah masih berkhasiat?

trackback

[…] Baca Juga: Madu Kelulut Asli: Cara Menentukan Ketulenan [Panduan Lengkap] […]

Kak bib
Guest
Kak bib

Jika nak pesan madu bagaimana dan btp kos sbtl.
Tq

trackback

[…] Baca Juga: Madu Kelulut Asli: Cara Menentukan Ketulenan [Panduan Lengkap] […]

trackback

[…] Mengenali Madu Kelulut Asli […]