fbpx

Madu Lebah Kelulut: Kenapa Ianya Popular?

Madu lebah kelulut? Apa beza dia dengan madu lebah biasa? Haa.. Mesti anda tertanya-tanya kan apa beza dengan madu lebah biasa dan anda sendiri pun tertanya-tanya selama ini anda makan madu lebah jenis mana bukan?

Okay. Dalam artikel kali ini, kita akan install ilmu baru untuk anda mengenai madu lebah dan lebah itu sendiri.

Rasanya hampir kesemua orang sudah sedia maklum dengan kelebihan yang ada pada madu lebah itu sendiri.

Banyak kajian dan juga permbentangan serta perbincangan imiah telah dijalankan untuk mengetengahkan manfaat madu lebah itu sendiri termasuklah perbincangan madu lebah secara spesifik seperti madu lebah kelulut ini.

Kami juga yakin bahawa anda sendiri pastinya pernah mendengar madu lebah kelulut ini.

sarang-haif-madu-kelulut-borneo

Hal ini kerana ramai usahawan, kebanyakannya usahawan muda yang mempunyai idea bernas, baru dan segar yang menjalankan bermacam-macam jenis promosi dan pemasaran untuk menyebarkan maklumat dan perkara-perkara menarik mengenai khasiat madu lebah itu sendiri.

Ternyata segala teknik dan usaha promosi yang dilakukan mereka membuahkan hasil yang agak luarbiasa kerana sekarang ini begitu ramai yang telah menyedari dan mengetahui akan khasiat dan kelebihan madu lebah kelulut ini.

Perbezaan madu lebah kelulut berbanding dengan madu lebah lain adalah dari segi kuantiti penghasilan madu lebah kelulut itu sendiri.

Madu lebah kelulut sangat sedikit kuantitinya jika dibandingkan dengan kuantiti madu lebah yang lain. Rasanya juga sedikit masam berbanding madu lebah yang pernah anda cuba sebelum ini.

Khasiat yang ada didalam madu lebah kelulut ini ialah, ia mempunyai kandungan propolis yang agak tinggi.

Fungsi utama propolis dimana didalam propolis itu sendiri mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berfungsi sebagai anti-kulat, anti-fungus dan juga anti-radang.

lebah-madu-kelulut-borneo

Ia juga mengandungi asid p-coumaric yang dipercayai mampu untuk membantu mengurangkan risiko kanser perut.

Ia juga mengandungi asid fenilpropionik yang merupakan antara agen penting dalam membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 yang merupakan diantara penyebab pembentukan radang akibat daripada kanser usus besar.

Selain itu, asid fenilpropionik juga merupakan antara bahan yang sangat berkesan bagi membantu proses penurunan tahap kolestrol yang terdapat didalam plasma darah dan hati serta ia juga turut mampu untuk mengurangkan trigliserida dalam darah.


Baca Juga: Madu Kelulut Asli: Cara Menentukan Ketulenan [Panduan Lengkap]


Selain itu, ia juga banyak digunakan di dalam barang-barang kosmetik, krim dan juga dalam bentuk tablet.

Disebabkan oleh hal ini, ramai usahawan mulai mengorak langkah untuk menjalankan kajian dan mengusahakan produk kecantikan dan kesihatan lain berasaskan madu lebah kelulut ini.

Ia juga telah dibuktikan menerusi rawatan moden dan tradisional bahawa ia mampu untuk menjadi antara bahan penting yang mampu untuk membantu dalam proses penyembuhan penyakit seperti kencing manis (diabetes mellitus), strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan juga HIV serta AIDS.

menghasilkan madu kelulut borneo

Ia juga mempunyai kandungan yang mampu memberikan kesan terhadap penurunan paras gula dalam badan pesakit diabetes dan juga mampu untuk mencegah penyakit gout.

Banyak rupanya khasiat yang ada didalam madu lebah kelulut ini.

Tidak hairanlah ia semakin mendapat permintaan yang agak tinggi sekarang ini. Ia bukan sahaja omongan kosong mengenai segala khasiat yang ada padanya, ia dibantu dan dikuatkan lagi dengan sokongan kajian saintifik secara menyeluruh oleh pakar-pakar dari seluruh negara.

Ditambah pula dengan mentaliti rakyat negara ini sekarang ini yang semakin terbuka dan mudah untuk menerima nasihat mengenai kebaikan dan juga yang semakin sedar akan kepentingan untuk mengamalkan pemakanan makanan-makanan berkhasiat.

671 Shares

1
Leave a Reply

avatar
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
Karim Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Karim
Guest

Semakin ramai orang yang awasi dengan kesihatan mereka dah mula makan madu lebah kelulut. Ia amat baik untuk menjaga kesihatan badan kita.