Tentang kami Madu Kelulut Borneo

Tentang kami: Madu Kelulut Borneo merupakan madu yang telah seringkali dijadikan bahan ujian makmal oleh para pakar di dalam bidang ini berikutan khasiatnya yang sangat tinggi berbanding madu lebah biasa.

Rasanya yang sedikit masam manis memberi sedikit keunikan dan kelebihan kepada madu kelulut berbanding madu lebah biasa.

Hasil penyelidikan di Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) mendapati bahawa kandungan antioksidan madu kelulut adalah empat hingga 10 kali ganda berbanding madu biasa.

Datuk Dr Sharif Haron yang merupakan ketua pengarah MARDI telah mengetengahkan madu kelulut sebagai produk baharu negara berikutan khasiatnya yang begitu tinggi.

kajian madu kelulut

Penyelidikan yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati bahawa madu kelulut mampu merawat ulser diabetes, gout dan berkesan dalam menurunkan paras gula dalam darah.

Kajian MARDI menunjukkan bahawa  madu kelulut mengandungi pelbagai asid fenolik yang sangat penting untuk tubuh badan.

Antara kesan asid-asid ini ialah mampu mengurangkan kanser perut dan mampu mencegah pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Selain itu, kajian makmal MARDI menemukan bahawa madu kelulut berupaya untuk menyembuhkan penyakit batu, lelah, asma dan lain-lain.

Madu kelulut telah disahkan mampu merawat pelbagai penyakit kronik. Ini kerana madu kelulut bersifat antibakteria, antikulat dan antioksidan.

Kelulut Borneo menghimpunkan madu-madu kelulut terbaik untuk anda, mengutamakan kualiti dan keaslian bagi menjamin kesihatan serta kesejahteraan pengguna.

menghasilkan madu kelulut borneo

Kelulut Borneo telah diwujudkan bagi membantu para penternak di Borneo memasarkan produk madu kelulut berkualiti terus kepada anda walaupun di mana jua anda berada.

Telah diperakui madu kelulut dari Borneo adalah mempunyai rasa yang unik. Hal ini adalah juga disebabkan persekitarannya semulajadinya.

Kami banyak tertumpu di kawasan pantai Barat Sabah buat masa ini. Setiap madu yang dipasarkan oleh Kelulut Borneo telah dikaji dan dipastikan keaslian madunya.

Kami hanya memilih madu kelulut yang terbaik dan tulen untuk dipasarkan kepada anda. Jika anda ingin mendapatkan pada kuantiti yang besar, kami sedia untuk membantu anda.

Tentang kami: Laman Kelulut Borneo adalah hak milik syarikat Qayyum Enterprise dan telah didaftarkan. Jika anda ada sebarang soalan boleh menghubungi kami.